KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menjadikan 2024 sebagai keutamaan untuk meningkatkan kekukuhan ekosistem kewangan Islam Malaysia susulan manfaatnya, termasuk potensi besar dalam menyokong transformasi ekonomi negara.
Sehubungan itu, BNM menerusi Laporan Tahunan 2023 yang dikeluarkan hari ini berkata pihaknya akan terus menumpukan tiga bidang yang menjadi usaha menyediakan penyelesaian berkesan untuk menangani keperluan ekonomi serta masyarakat pada masa ini dan di masa depan.
Tiga aspek itu adalah menggalakkan inovasi kewangan berasaskan nilai yang menerapkan nilai asas Syariah, menyediakan persekitaran pengawalseliaan dan Syariah yang lebih kondusif bagi mempercepat perkembangan pasaran serta memperkukuh tawaran nilai Malaysia secara berterusan untuk memanfaatkan peluang global dan memperdalam pasaran kewangan Islam domestik.
Sambil menyifatkan sistem kewangan Islam negara kini terus matang, BNM berkata ini juga penting bagi menyediakan penyelesaian berkesan untuk menangani keperluan ekonomi serta masyarakat pada masa ini dan di masa depan.
"Pada 2023, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan peranan dan sumbangan kewangan Islam dalam menyokong pembangunan sosioekonomi di Malaysia, termasuk kerjasama BNM dengan industri kewangan Islam untuk meningkatkan penggunaan kewangan berasaskan nilai bagi memenuhi keperluan kewangan pengguna dan perniagaan.
"Inisiatif yang khusus telah dilaksanakan untuk menggalakkan penyelesaian inovatif melalui projek rintis yang diterajui industri dan memudahkan pengawalseliaan kewangan. BNM juga terus melaksanakan strategi ke arah memajukan Malaysia sebagai gerbang antarabangsa untuk kewangan Islam, termasuk memperdalam pasaran kewangan Islam Malaysia dan mengeratkan hubungan antarabangsa," kata bank pusat itu.
Selain itu, industri perbankan Islam dan takaful juga terus berkembang pada 2023 yang menyaksikan bahagian industri perbankan Islam daripada jumlah pembiayaan sistem kewangan meningkat kepada 45.6 peratus daripada 44.5 peratus pada 2022.
Bahagian industri takaful daripada jumlah caruman bersih turut meningkat daripada 23 peratus pada 2022 kepada 23.4 peratus pada tahun lepas.
"Institusi perbankan Islam dan takaful juga kekal berdaya tahan dan mempunyai tahap modal kukuh. Kedudukan ini membolehkan industri kewangan Islam untuk terus menyokong keperluan pembiayaan para peniaga termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta isi rumah, selain memberikan perlindungan kewangan," katanya.
Menurut laporan itu, sepertimana digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2022-2026, inisiatif utama diambil bagi menggalakkan rangkuman, kemampanan dan kesan sosial positif telah membolehkan BNM memudah cara pelaksanaan projek perintis Akaun Pelaburan dan melancarkan myWakaf 2.0 bagi menggembleng wakaf tunai dengan lebih cekap ke arah pemerkasaan komuniti dan ekonomi.
Turut dilaksanakan adalah peluasan CAKNA, satu kemudahan pendanaan bukan hutang, termasuk pemantapan operasi untuk menyalurkan bantuan yang berkesan kepada vendor PKS.
Pada tahun lepas juga, rangka kerja Syariah dan Penggerak Ekosistem yang kondusif telah menyaksikan Majlis Penasihat Syariah (MPS) terus memainkan peranan dalam pembangunan kewangan Islam di Malaysia seperti menangani pelbagai isu berkaitan pada 2023.
Ini seperti memberi kejelasan mengenai kebolehizinan beberapa transaksi dan pengaturan kewangan Islam yang baharu, sekali gus membantu menjamin kepastian serta menggalakkan inovasi berterusan dalam pembangunan penyelesaian pembiayaan Islam.
"BNM juga telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama untuk membangunkan strategi bagi memperkukuh ekosistem tenaga mahir dalam bidang Syariah, satu strategi bertujuan meluaskan kumpulan tenaga mahir dan mengukuhkan barisan pelapis MPS dan jawatankuasa Syariah."
Dalam pada itu, BNM berkata Malaysia terus diiktiraf sebagai antara pasaran utama dalam kewangan Islam pada peringkat global.
Pada tahun lepas misalnya, bank pusat itu bertindak meneruskan usaha memperdalam pasaran kewangan Islam dan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam aspek itu menumpukan usaha membangunkan pasaran pembiayaan bercagar dan pasaran derivatif.
Malah, sejajar dengan kedudukannya yang menjadi sebahagian daripada komuniti kewangan Islam global, BNM terus menyertai forum antarabangsa dan serantau serta memupuk kepimpinan industri melalui agenda Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).
"Ini termasuk meningkatkan daya saing industri kewangan Islam Malaysia, memperdalam hubungan kewangan dan menghasilkan inovasi kewangan Islam yang lebih berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Sistem kewangan Islam negara yang terus matang penting bagi menyediakan penyelesaian berkesan untuk menangani keperluan ekonomi serta masyarakat pada masa ini dan di masa depan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Angkasa cadang koperasi teroka bidang pertanian berimpak tinggi
Antara pertanian berimpak tinggi yang boleh diteroka termasuk durian, vanila dan buah koko yang kini mendapat permintaan tinggi di peringkat global.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
'BNM dijangka kekalkan kadar OPR'
Standard Chartered Global Research menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada tiga peratus.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.